KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak menafikan dakwaan mengabaikan kebajikan 23 perkampungan Orang Asli di daerah Batang Padang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 11 Ogos lalu.
JAKOA Perak dalam kenyataan di laman sosial Facebook memaklumkan Pejabat Daerah telah menghantar set bakul bekalan makanan kering kepada enam buah perkampungan Orang Asli yang dikenakan PKPD dengan jumlah penerima melibatkan seramai 417 ketua isi rumah (KIR).
Jelas jabatan itu lagi, bantuan tersebut turut disalurkan pada 13 Ogos lalu kepada 23 buah kampung yang dikenakan PKPD.
"Pada 15 Ogos (hari ini), pihak Pejabat Daerah akan menghantar lagi bantuan set bakul makanan kepada 13 buah kampung Orang Asli yang melibatkan 794 penerima KIR Orang Asli.
"Pihak Pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) Chenderiang juga akan menghantar bekalan bakul makanan mentah dan basah seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran kepada 19 buah kampung Orang Asli di kawasan DUN Chenderiang dengan anggaran melibatkan seramai 1,215 KIR Orang Asli yang akan menerima manfaat ini," demikian menurut kenyataan tersebut, hari ini.
Semalam, Astro AWANI melaporkan Pengasas Koperasi Pembangunan Orang Asli, Ramesh Arumugam Chettiar mendakwa, kesemua penduduk di perkampungan tersebut masih belum menerima sebarang bantuan makanan.
BACA: PKPD: 'Anak kecil minum air sungai untuk tidur', 23 kampung Orang Asli didakwa belum terima makanan
Dakwa Ramesh, kelewatan penghantaran bekalan makanan menyebabkan ada keluarga yang terpaksa memberi anak mereka minum air sungai, selain menyebabkan penduduk masuk ke hutan untuk mencari sumber makanan.
Mengulas lanjut, JAKOA Negeri Perak berkata daripada 23 buah lokaliti dalam daerah Batang Padang, sebanyak tiga kampung Orang Asli di mukim Bidor dikenakan PKPD, sementara 21 lagi terletak di mukim Chendering dan Tapah.
Seramai 1,286 penduduk kampung dan 357 KIR dalam kalangan Orang Asli yang terkesan sepanjang tempoh PKPD tersebut.
Jelas kenyataan itu lagi, JAKOA Negeri Perak/Kedah dan JAKOA Daerah Batang Padang serta Muallim turut menghantar bantuan set bekalan bakul makanan kepada penerima seramai 4,949 KIR Orang Asli ke semua kampung Orang Asli di daerah Batang Padang pada 24 Julai lalu.
Sehubungan itu, jabatan itu berharap agar mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut.
Sebelum ini, kerajaan memutuskan melaksanakan PKPD di 23 perkampungan Orang Asli suku Semai di daerah Batang Padang selama 14 hari bermula 11 hingga 24 Ogos depan.
Hasimi Muhamad
Sun Aug 15 2021
Jelas jabatan tersebut lagi, bantuan makanan turut disalurkan kepada 23 buah kampung yang dikenakan PKPD pada 13 Ogos lalu.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Hargai peranan pasukan keselamatan negara - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa rakyat perlu menghargai peranan pasukan keselamatan dengan lebih berterima kasih.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Ahmad Zahid ucap tahniah atas pelantikan Lawrence Wong sebagai PM Singapura
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu.
Gelap mata untung lumayan, warga emas rugi RM412,500
Lelaki warga emas itu melakukan beberapa transaksi berjumlah RM412,500 kepada empat akaun berbeza baru-baru ini bagi menerima pulangan dan keuntungan berkenaan.
Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal aktivis awal reformasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf yang menghidap penyakit angin ahmar.
NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merancang untuk melestarikan industri plastik sekali guna menerusi satu peralihan yang seimbang dalam bidang itu.
Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.
Terima anugerah Reader's Digest buat kali kelima, Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Kemas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai buat kali kelima bagi kategori Pu
AIM menang Anugerah Industri Kewangan Islam Global
AIM memenangi anugerah Islamic Finance News apabila dinobat IFN Best Islamic Microfinance Institution, serta menerima dua anugerah di bawah Global Good Governance Awards (3G).